Sunday, January 9, 2011

Pembukaan Ucapan bagi Tahun Baru 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Semua,

Saya daripada wakil pihak management mengucapkan selamat tahun baru. Mudahan SIhat dipanjangkan umur dan amalan dan dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat Amin.....

Mengimbas kembali tahun 2010, kitani berada ditangga pertengahan liga diharap pada tahun ini kitani akan meningkatkan lagi persepaduan dan semangat setia kawan dan kepercayaan diantara satu dengan yang lain.

Tahun 2011 insahallah ada beberapa pertukaran pemain dan posisi inshallah dan ada pemain yang masih didalam Team dan ada yang di gugurkan dari team menglait bagi sementara waktu dan ada jua kemungkinan pemain yang akan keluar dari team. Perkara ini dibuat bukanlah adalah kerana ada beberapa pemain diperlukan mengambil masa untuk meningkat kan mutu permainan dan insahallah sekiranya ada perubahan akan diambil semula mengikut keperluan. Liga B LEague akan bermula dianggarkan hujung bulan Januari atau menunggu ketetapan daripada pihak penganjur memberi makluman tarikh liga dimulakakan dan akan dimaklumkan kepada biskita.

Diharap semua anggota Menglait FC akan meningkatkan lagi mutu permainan dan muasabah diri dan belajar dari kesilapan dan kekurangan semasa 2010. DI harap kitani semua anggota team menglait dan dapat dan berusaha untuk memberikan lebih masa dan commitment pada tahun ini inshallah, kerana team-team yang ada didalam liga telah membuat banyak perubahan terutama sekali pemain2 yang lebih berkeliber. Dari itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk memberikan commitment dari segi usaha yang lebih gigih dalam meningkatkan disiplin, mutu permainan, stamina dan masa bersama team kitani.

Dari itu, Team Management juga memohon maaf bagi sebarang kesalahan dari segi pertuturan yang kurang menyenangkan dan teguran semasa tahun 2010 sebelum permainan atau sesudah permaianan kepada biskita semua, kerana semua itu hanyalah untuk meningkatkan mutu permainan dan commitment sahaja.

Semoga biskita semua diberikan kebaikan dan dijauhi dari segala kejahatan inshallah pada tahun 2011, Sekali lagi saya mewakili pihak management ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011.

Terima Kasih.